Monday, January 17, 2011

Surirumah berkerjaya..?

Salam..
Selamat tahun baru.. walaupun pun hari ini adalah hari ke 18 tahun 2011, masih belum lambat rasanya untuk ucap selamat tahun baru pada unknown reader d luar sana.. :) tahun ni.. tiba² aku ingin mengubah haluan hidupku... setelah hampir 7 tahun mengabdikan diri sebagai penjawat awam.. akhirnya aku merasakan aku perlu memajukan diri.. aku mahu ada masa yang lebih untuk anak²ku.. tinggal sebumbung anak beranak mcm org lain.. sesungguhnya aku mahu kehidupan yang begitu.. sejak bergelar isteri dan ibu aku tidak pernah merasakan keharmonian tinggal 1 keluarga.. apa yang ada sekarang.. aku masih lagi tggl ngan mamak.bapak. masih lagi menyusahkan mamak menjaga anak² ku.. sedangkan aku keluar kerja untuk gaji yang tidak seberapa.. aku mahu jadi surirumah.. jadi surirumah bererti aku perlu meletak jawatan yang aku pegang hampir 7 tahun ini..jadi surirumah bukan bermakna aku tidak berbuat apa² untuk mencari rezeki ku sendiri.. banyak cara dan mungkin MaryKay mampu mengubah hidup ku.. kerana aku ingin benar² memajukan diriku. Ya Allah tolong lah aku... berikan aku jalanMu..

1 comment: