Saturday, January 22, 2011

Saya mau jadi Beauty Consultant MaryKay!



Mula-mula


1) Sain agreement form Mary Kay dengan saya.
2) Bayar RM200 (RM180 untuk registration, RM20 untuk training ESRS)

Apa akan saya dapat?
Starter Kit yang mengandungi:- 1) beg
2) Timewise basic set (combination/oily) yang terdiri daripada Cleanser & Pelembap
3) 2 tiub bedak asas berkrim
4) Katalog produk
5) Handout info produk
6) beberapa alat atau tools untuk mengadakan kelas facial
7) beberapa keping pelbagai borang
8) 3 keping cermin
9) 1 kotak kain pencuci pakai buang
10) flipchart (mengenai produk Mary Kay)
11) Borang Profil Pelanggan
12) Buku resit
13) Beberapa keping sampel produk
Jumlah seluruhnya bernilai lebih daripada yuran yang dibayar! Memang berbaloi-baloi!

Starter kit ini akan dihantar dengan Citylink. Penghantaran percuma.
Starter kit akan diterima dalam tempoh seminggu selepas pendaftaran dilakukan oleh saya sendiri.

Apa yang perlu saya lakukan?

1) Hubungi BC (sayalah tu!) dan minta panduan.
2) Baca semua informasi mengenai produk dan bagaimana memulakan bisnes Mary Kay.
3) Dapatkan tarikh untuk ESRS (ESRS wajib dihadiri dalam tempoh 3 bulan selepas pendaftaran sebagai member).
4) Adakan meeting dengan BC untuk mendapatkan tunjuk ajar bagaimana mengajak kawan dan kenalan berfacial.
Bolehkah saya mengadakan kelas facial walaupun saya tidak mempunyai barang?
Jawapan : Boleh. Pinjam barang daripada BC (sayalah tu!). Jika ada modal, beli set asas dahulu (dapatkan info daripada BC. BC akan bimbing mengenai produk yang diperlukan untuk memulakan kelas).

Dapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas. Kumpul kawan-kawan atau saudara-mara, jiran tetangga. BC akan bimbing bagaimana menghubungi kawan dan kenalan.

Bagaimana BC membimbing BC baru mengadakan facial?
Jawapan: Pada sesi pertama, BC akan mengendalikan kelas. BC baru lihat dan ambil nota.

Pada sesi kedua, BC dan 'anak' akan sama-sama mengadakan kelas.

Pada sesi ketiga, BC senior akan memerhatikan 'anak' melakukannya.

Beginilah semua kelas akan dikendalikan. Selepas BC berasa yakin, mulalah buat kelas secara solo.
Di manakan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas?

Di rumah sendiri ataupun di pejabat Mary Kay, pejabat, rumah peserta kelas facial.
Berapakah modal untuk memulakan bisnes Mary Kay?

Lebih kurang RM1500 untuk membayar:-

1) Yuran pendaftaran (seumur hidup jika keanggotaan aktif - maknanya membeli pada jumlah poin tertentu).
2) Belian produk Mary Kay pertama sebagai Beauty Consultant (wajib dilakukan dalam tempoh sebulan selepas mendaftar sebagai BC).
3) Membeli segala keperluan lain seperti besen mencuci, kapas cotton pad, hair band, towel,
4) Call card
5) keperluan lain yang difikirkan perlu seperti paper bag, hadiah untuk hostess dsb.


Selepas kita menandatangani borang menyertai Mary Kay dan siap diproses oleh Ibu Pejabat Mary Kay di Petaling Jaya, kita digelar sebagai Independent Beauty Consultant. Kita akan menerima nombor ahli dan dengan nombor ini, kita boleh melayari website Mary Kay.com.my dan melihat segala-galanya di Mary Kay.

Segala urusan belian produk Mary Kay dapat dijalankan dengan menggunakan kad ahli Mary Kay. Password akan ditentukan oleh kita sendiri.

Mary Kay mengamalkan sistem yang saksama bagi semua BC, baik yang baru mendaftar, mahupun mereka yang sudah menjadi BC selama 10 tahun. Setiap BC layak menerima:-

1) Diskaun produk antara 30 hingga 40%
2) Setiap BC layak menerima hadiah bulanan yang ditentukan oleh Mary Kay Malaysia apabila membeli sebanyak 600 poin.
3) Setiap BC layak menerima apa-apa tawaran yang diadakan oleh pihak Mary Kay Malaysia
4) Setiap BC akan menerima majalah bulanan yang dinamakan Applause.
5) Setiap BC boleh menghadiri kursus ESRS (Essential Step to Reach Success)
6) Setiap BC boleh membeli semua produk Mary Kay tanpa mengira pangkat atau berapa lama mereka sudah berMary Kay.
7) Setiap BC boleh menghadiri Seminar MK yang diadakan dua kali setahun.
8) Setiap BC boleh menghadiri, malah digalakkan hadir ke mesyuarat MK.
9) Setiap BC boleh menghadiri kursus mekap yang diadakan di MK.
10) Setiap BC boleh naik pangkat.

2 comments:

  1. Saya memang tinggal di Kota Kinabalu tapi saya belajar di Kuala Lumpur, ambil degree. Saya student dan berminat untuk dapat side-income so, mau tau boleh kah nda jadi beauty consultant di negeri lain?

    ReplyDelete