Friday, January 28, 2011

Kenali Mary Kay

Siapa dia Mary Kay?

Mary Kay Ash, pemilik Mary Kay Cosmetics boleh menjadi salah satu kesan paling penting yang meningkatkan kesempatan wanita dalam perniagaan kerana sifat positifnya. Mary Kay Ash mula memasuki dunia marketing dan direct selling dengan brand Stanley Home Products€. Sepanjang kariernya, Mary Kay mendapat pelbagai penghargaan. Dengan perniagaan Mary Kay cosmetics, Mary Kay mampu mengubah taraf hidup jutaan orang. Namun kejayaannya tidak datang begitu saja, suaminya meninggal dunia satu bulan sebelum launching perniagaannya.. namun filosofinya untuk maju dan berjuang tetap ada.


Apa itu Mary Kay?

Ia adalah sebuah syarikat jualan langsung, merupakan salah sebuah syarikat Amerika yang menjual produk penjagaan kulit dan kosmetik terbesar di dunia, sudah wujud sejak tahun 1963 lagi.

Apakah tagline Mary Kay?

Memperkayakan hidup wanita. Namun soalnya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan kaya itu.

Sudah tentulah ia bermakna wang. Kita mendapat keuntungan serta-merta selepas menjual produk Mary Kay. Selain itu, kita mendapat hadiah apabila membeli produk Mary Kay daripada syarikat menerusi kempen bulanan yang diadakan. Bagi ahli baru, mereka mendapat hadiah produk Mary Kay selama enam bulan pertama selepas menyertai Mary Kay apabila membeli dan berjaya mengumpulkan jumlah poin yang ditentukan. Nilai produk ini mencapai ribuan ringgit.

Selain itu, kita berpeluang mendapat hadiah berupa cincin permata selepas berjaya mencapai matlamat yang sudah ditetapkan setiap 3 bulan selama setahun. Hadiah-hadiah ini termasuklah belian peribadi dan kejayaan merekrut BC baru dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah ini disediakan bagi setiap BC yang berjaya.

Itu baru hadiah. Namun, apa yang menariknya dalam Mary Kay adalah kejayaan BC meramaikan kawan dan sahabat mereka sendiri. Jika dulu kita tiada kawan, menerusi Mary Kay, kita mendapat ramai kawan baru. BC sentiasa digalakkan supaya menjadi kawan kepada pelanggan mereka. Ini bukan hanya memudahkan mereka menjual, tapi sebenarnya ia adalah bagi memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada setiap pelanggan Mary Kay.

Semua BC Mary Kay digalakkan melayan orang lain sebagaimana mereka mahu dilayan. Tentulah kita semua mahu dilayan dengan baik, bukan?

Mary Kay begitu mementingkan produknya diuji dulu sebelum kita beli. Oleh itu, orang yang ingin bertukar ke produk Mary Kay sebaiknya menghadiri kelas penjagaan produk yang dianjurkan secara percuma. Semasa dalam kelas ini, kita akan diajar bagaimana mencuci wajah dengan betul. Jika kita main taram saja, ditakuti, wajah tidak menjadi sebagaimana sepatutnya. Di antaranya termasuklah terbeli produk yang tidak sesuai, tumbuh jerawat, wajah semakin berkedut dan sebagainya.

Selalunya BC akan menganjurkan pelanggan baru membeli set asas dulu, kemudian baru bertukar ke produk lain. Ini adalah langkah permulaan menstabilkan keadaan kulit. Selepas kulit lebih stabil, barulah pelanggan beralih ke produk anti-penuaan, produk mencerahkan wajah dan sebagainya.

BC selalunya akan merekomenkan produk yang benar-benar sesuai dengan mereka. Sekiranya mereka punya masalah yang mahu ditangani segera, BC akan memberi beberapa saranan.

Mary Kay dijual di 35 buah negara, dan ada seramai 1.8 juta BC seperti saya di seluruh dunia. Ia sudah berada di Malaysia sejak tahun 2000 lagi tetapi ia tidak dijual di kaunter-kaunter.

No comments:

Post a Comment