Saturday, January 22, 2011

E S R S ?

Apa itu ESRS (Essential Step to Reach Success)

ESRS adalah kursus dua hari (sering diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu), dikendalikan oleh para BC yang sudah mencapai pangkat tertentu dalam dunia Mary Kay dan mereka amat berpengalaman. Kursus-kursus ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

Apakah silibus ESRS?

Semasa kursus dua hari ini, para BC akan diberi penerangan mengenai:-

1) Mary Kay Inc (syarikat)
2) Mary Kay Ash (Pengasas syarikat)
3) Falsafah Mary Kay
4) Menetapkan Matlamat & Cita-cita di Mary Kay
5) Asas solekan
6) Bagaimana menjual di Mary Kay
7) Mengenal pasti Jenis Kulit dan Produk yang sesuai
8) Pengetahuan mengenai Produk
9) Pengurusan Bisnes Mary Kay

Tamat sahaja kursus ini, BC akan menerima pin ESRS yang hanya boleh diperolehi di akhir sesi dua hari itu. Selain itu, mereka akan menerima sijil tamat pengajian. Selain itu, vaucer RM200 turut disampaikan kepada para BC yang hadir ke kursus ini dalam tempoh tiga bulan selepas sign up.

Lokasi ESRS diadakan di:-

1) Petaling Jaya
2) Juru, Penang
3) Air Molek, JB
4) Kota Kinabalu
5) Ipoh

Pilihlah lokasi yang sesuai dengan saudari. Yang penting, hadir, jangan tidak hadir ke kursus yang penting ini.

Walaupun kita tidak mahu menjual, sekurang-kurangnya kita tahu apa itu Mary Kay.

Saya sudah pun join ESRS.. sangat enjoy! 
 muka gebus sy sewaktu join esrs d KKTC.. hehe
 
 nah.. inilah sijil esrs sy... d sampaikan oleh SD Rosidah Santan.. byk mo belajar dr wanita ini..
 
 

No comments:

Post a Comment