Friday, January 28, 2011

Kenali Mary Kay

Siapa dia Mary Kay?

Mary Kay Ash, pemilik Mary Kay Cosmetics boleh menjadi salah satu kesan paling penting yang meningkatkan kesempatan wanita dalam perniagaan kerana sifat positifnya. Mary Kay Ash mula memasuki dunia marketing dan direct selling dengan brand Stanley Home Products€. Sepanjang kariernya, Mary Kay mendapat pelbagai penghargaan. Dengan perniagaan Mary Kay cosmetics, Mary Kay mampu mengubah taraf hidup jutaan orang. Namun kejayaannya tidak datang begitu saja, suaminya meninggal dunia satu bulan sebelum launching perniagaannya.. namun filosofinya untuk maju dan berjuang tetap ada.


Apa itu Mary Kay?

Ia adalah sebuah syarikat jualan langsung, merupakan salah sebuah syarikat Amerika yang menjual produk penjagaan kulit dan kosmetik terbesar di dunia, sudah wujud sejak tahun 1963 lagi.

Apakah tagline Mary Kay?

Memperkayakan hidup wanita. Namun soalnya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan kaya itu.

Sudah tentulah ia bermakna wang. Kita mendapat keuntungan serta-merta selepas menjual produk Mary Kay. Selain itu, kita mendapat hadiah apabila membeli produk Mary Kay daripada syarikat menerusi kempen bulanan yang diadakan. Bagi ahli baru, mereka mendapat hadiah produk Mary Kay selama enam bulan pertama selepas menyertai Mary Kay apabila membeli dan berjaya mengumpulkan jumlah poin yang ditentukan. Nilai produk ini mencapai ribuan ringgit.

Selain itu, kita berpeluang mendapat hadiah berupa cincin permata selepas berjaya mencapai matlamat yang sudah ditetapkan setiap 3 bulan selama setahun. Hadiah-hadiah ini termasuklah belian peribadi dan kejayaan merekrut BC baru dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah ini disediakan bagi setiap BC yang berjaya.

Itu baru hadiah. Namun, apa yang menariknya dalam Mary Kay adalah kejayaan BC meramaikan kawan dan sahabat mereka sendiri. Jika dulu kita tiada kawan, menerusi Mary Kay, kita mendapat ramai kawan baru. BC sentiasa digalakkan supaya menjadi kawan kepada pelanggan mereka. Ini bukan hanya memudahkan mereka menjual, tapi sebenarnya ia adalah bagi memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada setiap pelanggan Mary Kay.

Semua BC Mary Kay digalakkan melayan orang lain sebagaimana mereka mahu dilayan. Tentulah kita semua mahu dilayan dengan baik, bukan?

Mary Kay begitu mementingkan produknya diuji dulu sebelum kita beli. Oleh itu, orang yang ingin bertukar ke produk Mary Kay sebaiknya menghadiri kelas penjagaan produk yang dianjurkan secara percuma. Semasa dalam kelas ini, kita akan diajar bagaimana mencuci wajah dengan betul. Jika kita main taram saja, ditakuti, wajah tidak menjadi sebagaimana sepatutnya. Di antaranya termasuklah terbeli produk yang tidak sesuai, tumbuh jerawat, wajah semakin berkedut dan sebagainya.

Selalunya BC akan menganjurkan pelanggan baru membeli set asas dulu, kemudian baru bertukar ke produk lain. Ini adalah langkah permulaan menstabilkan keadaan kulit. Selepas kulit lebih stabil, barulah pelanggan beralih ke produk anti-penuaan, produk mencerahkan wajah dan sebagainya.

BC selalunya akan merekomenkan produk yang benar-benar sesuai dengan mereka. Sekiranya mereka punya masalah yang mahu ditangani segera, BC akan memberi beberapa saranan.

Mary Kay dijual di 35 buah negara, dan ada seramai 1.8 juta BC seperti saya di seluruh dunia. Ia sudah berada di Malaysia sejak tahun 2000 lagi tetapi ia tidak dijual di kaunter-kaunter.

Thursday, January 27, 2011

Bibir yang seksi !

Bibir kering, merekah, mengelupas, lebam kehitaman, merokok? Kembalikan warna asalnya!


Ini adalah satu satu produk Mary Kay paling istimewa. Digunakan seminggu sekali, sudah cukup mengekalkan kelembutan bibir agar ia tidak kekeringan dan terkopek kulitnya.

Selepas di sapu pada bibir, biarkan lima atau sepuluh minit, kemudian cuci dengan air perlahan-lahan.

Anda akan dapat rasai betapa lembutnya bibir anda. Kekusaman pada bibir hilang.

Kemudian sapukan lip balm.

Harga Lip Mask - RM45 (8gm)
Harga Lip Balm - RM35 (8gm)


Independent Beauty Consultant Marykay

Berminat menjadi BC?

BC adalah perkara biasa yang akan saudari dengar apabila berada dalam lingkungan keluarga Mary Kay. Ia adalah singkatan kepada Independent Beauty Consultant, yakni Perunding Kecantikan Bebas.

Ingin menjadi BC?

Saudari hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM180 sebagai bayaran penyertaan, RM20 untuk bayaran makan tengah hari semasa kursus ESRS berlangsung.


Bagi semua BC baru, saudari akan mendapat program pendidikan serta ganjaran percuma.


Bagi menyediakan saudari melewati perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat bagi mempelajari asas perniagaan dalam mencapai matlamat saudari.

APA ITU ESRS?


Ia adalah program selama dua hari yang menekankan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu saudari memulakan bisnes. Melaluinya, saudari akan dapat:-

1) Mengenali siapa Mary Kay

2) Meneroka dan merealisasikan impian saudari

3) Menjual produk Mary Kay

4) Kenalpasti Jenis Kulit saudari

5) Mengetahui Produk Mary Kay

6) Pengurusan Bisnes

7) Pelan Tindakan


Apakah Faedahnya?


Di hujung kursus dua hari ini, saudari akan menerima:-

  1. Hadiah istimewa selepas melengkapkan tugasan
  2. Sijil Tamat Program
  3. Pin ESRS yang eksklusif
  4. Baucer bernilai RM200 (boleh ditebus semasa membuat belian)

Bold
Program Istimewa bagi Perunding Baru (New Consultant Bonus - NCB)


NCB 1 (Dalam masa 30 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerima hadiah yang bernilai RM350.)

TimeWise Day Solution with Sunscreen SPF25 (RM150)
TimeWise Night Solution (RM150)
Business Folder (RM50)

NCB 2 (Dalam tempoh 60 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerima hadiah yang bernilai RM298)

Satin Lip Balm (RM35)
Satin Lip Mask (RM45)
Sunscreen SPF30 (RM70)
Mask Formula 2 (RM75)
Compact Blusher Brush (RM10)
Eye Colour Applicators (RM8)
MK Compact (RM55)

NCB 3 (Dalam tempoh 90 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerima hadiah yang bernilai RM320)

TimeWise Cellu-Shape Daytime Body Moisturizer (RM135)
TimeWise Cellu-Shape Nighttime Body Gel (RM115)
Mineral Powder Foundation (RM70)

NCB 4 (Dalam tempoh 120 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerima hadiah yang bernilai RM570)

TimeWise Microdermabrasion set (RM320)
TimeWise Firming Eye Cream (RM150)
MK Stylish Beauty Tool Case (RM100)

NCB 5 (Dalam tempoh 150 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerima hadiah yang bernilai RM335)

TimeWise Microdermabrasion set (RM335)
Mary Kay Brush Collection (RM185)
Red Tea Body Lotion (RM80)
Red Shower Gel (RM70)

NCB 6 (Dalam tempoh 180 hari pertama menjadi BC dan berbelanja dengan mengutip mata sebanyak 600, saudari akan menerimahadiah yang bernilai RM305)

Satinhands Pampering Set (RM155)
Compact Pro (RM150)


Semua hadiah yang dapat dikumpulkan bernilai RM2178!

NCB adalah program selama 180 hari secara konsisten khusus bagi semua Perunding Kecantikan Bebas. Saudari berpeluang mendapatkan semua produk bonus ini apabila saudari dapat memenuhi 600 mata jualan peribadi dalam satu pesanan setiap 30 hari selama 180 hari yang pertama itu.

Syarat-syaratnya:-

  1. Terbuka kepada semua Perunding Kecantikan Bebas yang baru sahaja.
  2. Membuat satu pesanan minimum yang mengutip 600 mata bagi melayakkan saudari mendapat hadiah NCB.
  3. Saudari mesti membuat pesanan tersebut 30 hari selepas borang Mary Kay yang saudari tandatangan diproses bagi melayakkan anda menerima NCB1. Contoh, sekiranya tarikh saudari menyertai Mary Kay ialah 15 Oktober, saudari perlu membuat pesanan pertama sebelum 15 November
  4. Bagi mendapatkan kesemua 6 NCB, saudari perlu mencapai NCB1, kemudian dapatkan NCB2, NCB3, NCB4, NCB5 & NCB6.
  5. Sekiranya BC itu tertinggal mana-mana bulan kelayakan NCB, beliau tidak akan dapat lagi meneruskan program ini.

Saudari berminat?
Hubungi saya, Fareena Kee, seorang perunding kecantikan bebas dengan Mary Kay yang juga peniaga online sepenuh masa. 

Sunday, January 23, 2011

Ladder Of Sucsess : Emerald



Alhamdullilah..
Seandainya saya boleh.. kenapa ada tidak boleh?

Ladder Of Sucsess adalah salah satu program insentif yg direka untuk menggalakkan semua BC mencapai matlamat jualan peribadi secara konsisten selama 3 bulan jumlah mata. Merupakan FREE GIFT dari Mary Kay spt Jewellery Set dsbgnya.

Sapphire : 2400 pts
Ruby : 3600 pts
Diamond : 4800 pts
IM<<<<Emerald : 6000 pts >>>>HERE

Saturday, January 22, 2011

Jerawat !!!!!!!

Bencinyaaaaa!!!!!! katankan pada saya..siapa yang suka pada jerawat??? jika anda suda berjerawat yang serupa ini :






Gunalah skin care ini :






Dalam proses mengawal jerawat dengan menggunakan Mary Kay system for Acne-Prone Skin, anda akan membersihkan wajah dengan menggunakan Cleanser. Selepas itu, anda akan menyapu serum ke serata wajah. Serum ini adalah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan yang menyebabkan tumbuhnya jerawat.

Serum yang amat kuat itu mungkin akan menjadikan wajah anda:-

1) kering
2) kulit wajah mengelupas
3) timbulnya rashes (biji kemerah-merahan)

Apabila ini berlaku, anda usah bimbang. Ini adalah tindakbalas normal dalam proses membersihkan. Apa yang pasti, anda akan dapat menyaksikan sendiri perubahan yang lebih baik pada kawasan berjerawat itu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Teruskan sahaja penggunaan cleanser pada waktu pagi dan petang/malam. Anda boleh menggunakan serum selepas setiap kali membersihkan muka atau menggunakan serum sekali sehari sahaja.

Sekiranya kulit wajah anda tetap berminyak, anda boleh memakai mask sekali seminggu. Seandainya wajah anda menjadi kering, anda boleh memakai moisturizer. Bincang dengan BC anda.

E S R S ?

Apa itu ESRS (Essential Step to Reach Success)

ESRS adalah kursus dua hari (sering diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu), dikendalikan oleh para BC yang sudah mencapai pangkat tertentu dalam dunia Mary Kay dan mereka amat berpengalaman. Kursus-kursus ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

Apakah silibus ESRS?

Semasa kursus dua hari ini, para BC akan diberi penerangan mengenai:-

1) Mary Kay Inc (syarikat)
2) Mary Kay Ash (Pengasas syarikat)
3) Falsafah Mary Kay
4) Menetapkan Matlamat & Cita-cita di Mary Kay
5) Asas solekan
6) Bagaimana menjual di Mary Kay
7) Mengenal pasti Jenis Kulit dan Produk yang sesuai
8) Pengetahuan mengenai Produk
9) Pengurusan Bisnes Mary Kay

Tamat sahaja kursus ini, BC akan menerima pin ESRS yang hanya boleh diperolehi di akhir sesi dua hari itu. Selain itu, mereka akan menerima sijil tamat pengajian. Selain itu, vaucer RM200 turut disampaikan kepada para BC yang hadir ke kursus ini dalam tempoh tiga bulan selepas sign up.

Lokasi ESRS diadakan di:-

1) Petaling Jaya
2) Juru, Penang
3) Air Molek, JB
4) Kota Kinabalu
5) Ipoh

Pilihlah lokasi yang sesuai dengan saudari. Yang penting, hadir, jangan tidak hadir ke kursus yang penting ini.

Walaupun kita tidak mahu menjual, sekurang-kurangnya kita tahu apa itu Mary Kay.

Saya sudah pun join ESRS.. sangat enjoy! 
 muka gebus sy sewaktu join esrs d KKTC.. hehe
 
 nah.. inilah sijil esrs sy... d sampaikan oleh SD Rosidah Santan.. byk mo belajar dr wanita ini..
 
 

Saya mau jadi Beauty Consultant MaryKay!



Mula-mula


1) Sain agreement form Mary Kay dengan saya.
2) Bayar RM200 (RM180 untuk registration, RM20 untuk training ESRS)

Apa akan saya dapat?
Starter Kit yang mengandungi:- 1) beg
2) Timewise basic set (combination/oily) yang terdiri daripada Cleanser & Pelembap
3) 2 tiub bedak asas berkrim
4) Katalog produk
5) Handout info produk
6) beberapa alat atau tools untuk mengadakan kelas facial
7) beberapa keping pelbagai borang
8) 3 keping cermin
9) 1 kotak kain pencuci pakai buang
10) flipchart (mengenai produk Mary Kay)
11) Borang Profil Pelanggan
12) Buku resit
13) Beberapa keping sampel produk
Jumlah seluruhnya bernilai lebih daripada yuran yang dibayar! Memang berbaloi-baloi!

Starter kit ini akan dihantar dengan Citylink. Penghantaran percuma.
Starter kit akan diterima dalam tempoh seminggu selepas pendaftaran dilakukan oleh saya sendiri.

Apa yang perlu saya lakukan?

1) Hubungi BC (sayalah tu!) dan minta panduan.
2) Baca semua informasi mengenai produk dan bagaimana memulakan bisnes Mary Kay.
3) Dapatkan tarikh untuk ESRS (ESRS wajib dihadiri dalam tempoh 3 bulan selepas pendaftaran sebagai member).
4) Adakan meeting dengan BC untuk mendapatkan tunjuk ajar bagaimana mengajak kawan dan kenalan berfacial.
Bolehkah saya mengadakan kelas facial walaupun saya tidak mempunyai barang?
Jawapan : Boleh. Pinjam barang daripada BC (sayalah tu!). Jika ada modal, beli set asas dahulu (dapatkan info daripada BC. BC akan bimbing mengenai produk yang diperlukan untuk memulakan kelas).

Dapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas. Kumpul kawan-kawan atau saudara-mara, jiran tetangga. BC akan bimbing bagaimana menghubungi kawan dan kenalan.

Bagaimana BC membimbing BC baru mengadakan facial?
Jawapan: Pada sesi pertama, BC akan mengendalikan kelas. BC baru lihat dan ambil nota.

Pada sesi kedua, BC dan 'anak' akan sama-sama mengadakan kelas.

Pada sesi ketiga, BC senior akan memerhatikan 'anak' melakukannya.

Beginilah semua kelas akan dikendalikan. Selepas BC berasa yakin, mulalah buat kelas secara solo.
Di manakan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas?

Di rumah sendiri ataupun di pejabat Mary Kay, pejabat, rumah peserta kelas facial.
Berapakah modal untuk memulakan bisnes Mary Kay?

Lebih kurang RM1500 untuk membayar:-

1) Yuran pendaftaran (seumur hidup jika keanggotaan aktif - maknanya membeli pada jumlah poin tertentu).
2) Belian produk Mary Kay pertama sebagai Beauty Consultant (wajib dilakukan dalam tempoh sebulan selepas mendaftar sebagai BC).
3) Membeli segala keperluan lain seperti besen mencuci, kapas cotton pad, hair band, towel,
4) Call card
5) keperluan lain yang difikirkan perlu seperti paper bag, hadiah untuk hostess dsb.


Selepas kita menandatangani borang menyertai Mary Kay dan siap diproses oleh Ibu Pejabat Mary Kay di Petaling Jaya, kita digelar sebagai Independent Beauty Consultant. Kita akan menerima nombor ahli dan dengan nombor ini, kita boleh melayari website Mary Kay.com.my dan melihat segala-galanya di Mary Kay.

Segala urusan belian produk Mary Kay dapat dijalankan dengan menggunakan kad ahli Mary Kay. Password akan ditentukan oleh kita sendiri.

Mary Kay mengamalkan sistem yang saksama bagi semua BC, baik yang baru mendaftar, mahupun mereka yang sudah menjadi BC selama 10 tahun. Setiap BC layak menerima:-

1) Diskaun produk antara 30 hingga 40%
2) Setiap BC layak menerima hadiah bulanan yang ditentukan oleh Mary Kay Malaysia apabila membeli sebanyak 600 poin.
3) Setiap BC layak menerima apa-apa tawaran yang diadakan oleh pihak Mary Kay Malaysia
4) Setiap BC akan menerima majalah bulanan yang dinamakan Applause.
5) Setiap BC boleh menghadiri kursus ESRS (Essential Step to Reach Success)
6) Setiap BC boleh membeli semua produk Mary Kay tanpa mengira pangkat atau berapa lama mereka sudah berMary Kay.
7) Setiap BC boleh menghadiri Seminar MK yang diadakan dua kali setahun.
8) Setiap BC boleh menghadiri, malah digalakkan hadir ke mesyuarat MK.
9) Setiap BC boleh menghadiri kursus mekap yang diadakan di MK.
10) Setiap BC boleh naik pangkat.

Friday, January 21, 2011

Make Over


Hasil makeup d bawah ini adalah hasil makeup tangan saya..
saya bukanlah jurumekap profesional
bukan juga seorang mak andam
saya hanyalah seorang beauty consultant marykay
yang menggunakan makeup2 marykay untuk merubah wajah customer saya

p/s: saya juga menerima tempahan make-up 
make up siang : RM25
make up malam : RM35
make up dinner : RM40
make up majlis hantaran/bertunang : RM60
make up kahwin : belum berani lagi.. ;P



MelaCEP Whitening System

klu org tanya set produk apa saya guna.. ni la... set melacep whitening mary kay..
utk siapa set ni??
1) untuk semua jenis kulit - kering,berminyak.combination
2) kulit tidak sekata..mcm ada peta suda d muka kan?
3) ada bekas2 itam jerawat yg susah mau ilang
4) pigment.. tompok itam yang menyesakkan!
5) kulit yg teda masalah tapi mau bagi cerah lagi..
6) perempuan ambik berat ttg kecantikan!
kesan dalam 1 mggu bole nampak suda..sbb sy dah guna 3 mggu.. actually kulit muka sy ada masalah no.2 & no. 6 d atas.. then skrg u all bole tgk.. kulit muka sy suda sekata.. target set ni untuk bagi TRANSPERANT, MENJERNIHKAN, NAMPAK GLOWING, MENCERAHKAN kulit muka

Produk ni bagus sebab tak mengandungi hidrokuinon seperti kebanyakan local product yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada kulit. MelaCep Whitening System menggunakan bahan alam semulajadi yang terbaik untuk kulit. Apa itu HIDRUKUINON? Hidrokuinon (Hydroquinone) adalah sejenis bahan penghakis yg mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Nama kimianya ialah '1,4 dihydroxybenzene'. Hidrokuinon yang digunakan dalam kosmetik boleh menyebabkan proses depigmentasi (proses dimana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). ini berlaku apabila hidrokuinon menghalang proses penukaran tyrosine kepada dopa dan menghalang proses-proses bolisme yg berkaitan dengan melanin (melanocoyte). Proses depigmentasi ini adalah proses yg reversible akibat melanin pada kulit di hakis.Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik dan putih..hakikatnya..kulit nampak berbeza antara leher..tangan dan muka... dan paling bahaya dengan pengunaan yang berterusan boleh dapat kanser kulit.

Mari lihat apa yang ada dalam Set MelaCep Whitening System ni beserta harganya:
  • FOAMING CLEANSER RM120 (100g) - Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut
  • FRESHENER/PELEMBAB RM120(100ml)- Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut
  • ESSENCE RM230(30ml) - Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya.
  • DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 RM170(30ml) - Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara
  • NIGHT CREAM RM170(30g) -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri
  • DARK SPOT SERUM RM170(10ml) - Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida
  • MASK RM160(85g) - Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin
Cleanser produk ni boleh tahan sampai 6-7 bulan. Lama jugak. berbaloilah kalau harga macam tu tp depends on berapa kerap dan berapa banyak guna.

Faedahnya:
  • Untuk menampilkan kulit yang lebih cerah
  • Mengurangkan tompok hitam dan membalikkan penyahwarnaan kulit
  • Mengandungi penghalang matahari, antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit.
 after 3 weeks using MelaCep Whitening System.. no make-up , no foundation, no compact or mineral powder, no lipstic, just put essence serum n day moist.. tadaaa... show ur my naked face.. Lol!

p.s: limited edition picture! hehe.. jarang2 upload gambar tanpa makeup ni..


PESANAN PENAJA :

Sebaik2nya sebelum membeli produk ni, saya nak tgk jenis kulit muka anda... TQ. Anything bule pm sy atau sms (sahaja) 0168232440


NCO..

Apa bah jugak NCO ni.. napa rekuter ku balik2 sebut nco.. 
rupanya nco tu new consultant orientation..
korban rm280 utk tiket ke sandakan semata2 menghadiri nco.. (terima kasih suami)
aku selamat sampai di sandakan bersama rakan seperjuangan ku
kak sharmila dan kak mastura..
seperti mimpi.. wanita yg selalu ku lihat dalam applause
wanita yang selalu ku dengar di sebut2..
rupanya..wanita yang ku anggap seperti wanita biasa itu
sememangnya luar biasa
bila bercakap dengan dia..
aku tidak terasa pun pendapatannya mencecah rm30k sebulan
dia sangat humble.. sgt lembut.. sgt sopan.
kerana sifat yg d milikinya menjadikannya wanita yang cukup sempurna
setiap sudut wajahnya ku terokai.. mata, hidung, bibir..
dia mmg seorang wanita yang cantik..
hidupnya adalah marykay.. dan marykay adalah hidupnya
setelah 10thn dalam dunia marykay.. dia ada kulit yg begitu mulus..
bibir yang begitu halus.. mata yang bersih.. 
dia kini idola ku.. aku ingin jadi sepertinya..
dialah ROBIHAH OTHMAN...
kak ruby.. aku betul2 ingin jadi wanita seperti mu
kekuatan mu
kesungguhan mu
itulah penguat semangatku
kenapa kau dulu yang bekerja keras membuat skin care class naik bas.. teksi..
pecah tabung anak utk berjuang dalam marykay..
makanan itulah jadi sarapan.. makanan itu jugalah jadi makan tengahari..
makanan itu jugalah yang d kongsi dengan suami...

boleh jadi seperi sekarang..??

kenapa aku yang ada kereta sendiri utk skin care class
ada suami yang berpendapatan tinggi
ada mak yg bole jagakan anak
ada makanan mahal yang bole d makan

tidak boleh jadi sepertimu...??


aku ingin jadi sepertinya... 
 Ladder Of Sucsess 5+++ points nov-dec
hadiah dari kak ruby.. 
sebenarnya kad yang terselit d bungkusan tu lebih bermakna.. 
kata2 itu lah yang selalu membakar semangat ketika aku jatuh
 kami bangga kami dari Tawau..
sebenarnya kami ke sini hanya utk bertemu kak ruby
masih terasa eratnya pelukan kak ruby waktu kami pulang..
 sharmila - wanita hati kuat..bersih..ikhlas..
aku tau kakak akan berjaya suatu hari nanti..

Monday, January 17, 2011

Surirumah berkerjaya..?

Salam..
Selamat tahun baru.. walaupun pun hari ini adalah hari ke 18 tahun 2011, masih belum lambat rasanya untuk ucap selamat tahun baru pada unknown reader d luar sana.. :) tahun ni.. tiba² aku ingin mengubah haluan hidupku... setelah hampir 7 tahun mengabdikan diri sebagai penjawat awam.. akhirnya aku merasakan aku perlu memajukan diri.. aku mahu ada masa yang lebih untuk anak²ku.. tinggal sebumbung anak beranak mcm org lain.. sesungguhnya aku mahu kehidupan yang begitu.. sejak bergelar isteri dan ibu aku tidak pernah merasakan keharmonian tinggal 1 keluarga.. apa yang ada sekarang.. aku masih lagi tggl ngan mamak.bapak. masih lagi menyusahkan mamak menjaga anak² ku.. sedangkan aku keluar kerja untuk gaji yang tidak seberapa.. aku mahu jadi surirumah.. jadi surirumah bererti aku perlu meletak jawatan yang aku pegang hampir 7 tahun ini..jadi surirumah bukan bermakna aku tidak berbuat apa² untuk mencari rezeki ku sendiri.. banyak cara dan mungkin MaryKay mampu mengubah hidup ku.. kerana aku ingin benar² memajukan diriku. Ya Allah tolong lah aku... berikan aku jalanMu..

Istilah penjagaan kulit

Akne - keadaan kulit yang bercacat, termasuklah bintik hitam, bintik putih, jerawat/sista yang disebabkan oleh terkumpulnya protein keratin, bekteria & minyak dalam pori-pori kulit.

Antioksidan - dikenali sebagai pelindung yang dapat melawan radikal bebas.

Kolagen - protein struktur yang membentuk rangkaian protein yang berserat di dalam dermis, yang menjadikannya pejal & anjal.

Dermis - lapisan sel dibawah epidermis.

Elastin - protein yang serupa dengan kolagen yeng terdapat pada kulit yang membolehkan kulit meregang & kembali ke bentuknya yang asal.

Emolian - bahan/produk yang mengepungi lembapan yang sudah berada di dalam kulit & membantutkan penyejatannya & ini menjadikan kulit berasa lebih lembut.

Epidermis - lapisan kulit yang paling luar yang menjadi pengadang untuk melindungi badan daripada persekitaran luaran. Epidermis sentiasa menjana semula dirinya. Bahgian atas epidermis terdiri daripada sel-sel kulit yang mati, & dibawahnya ialah sel-sel hidup yang berubah bentuk menjadi pelindung apabila ia bergerak ke permukaan kulit & akan mati serta menjadi kepingan-kepingan kulit mati.

Pengelupas - bahan/produk (misalnya, krim penyental yang berbiji-biji) yang digunakan untuk membuang sel kulit mati dari permukaan epidermis.

Radikal bebas - tidak stabil, molekul reaktif yang terhasil akibat terdedah kepada bahan-bahan persekitaran yang tidak baik seperti sinar UV & juga tindak balas kimia biasa dlm badan serta menyerang struktur sel, & ini boleh mengakibatkan kesan yang menjejaskan keanjalan & ketegangan kulit.

Humektar (pelembap) - bahan yang membantu kulit mengekalkan lembapannya.

Menghidratkan - mengembalikan paras lembapan biasa kepada kulit.

Kosmetik hipoalergenik - digunakan untuk menerangkan produk yang tidak mengandungi bahan yang dikenali sebagai alergen lazim(bahan yang menyebabkan alahan) seperti wangian. Kini ujian alahan yang ketat telah menjadi piawaia industri & banyak produk menepati pemerian ini.

Keratin - protein yang kukuh & berserat yang merupakan protein struktur yang utama dalam sel yang terdapat pada epidermis kulit & pada rambut & kuku.

Melanin -
pigmen berwarna coklat gelap/ hitam yang memberikan warna kepada kulit.

Tak komodogenik -
menunjukkan bahawa sesuatu produk telah diuji secara klinikal & tidak akan menyumbat pori-pori.

pH -
ukuran keasidan/ kealkalian. Kerana produk pH yang tinggi (beralkali)/ rendah(berasid) mungkin agak kuat. Produk penjagaan kulit Mary Kay adalah berimbang pH, oleh itu, ia sesuai dengan paras pH kulit kita.

Fotopenuaan - garis-garis halus, kedutan & bahagian berpigmen yang disebaban oleh kulit terlalu terdedah kepada sinar matahari yang tidak ada kaitannya dengan penuaan.
mengikut umur.

Rosacea -
penyakit kulit yang kronik yang dicirikan dengan kulit berwarna merah & benjolan seperti akne pada bahagian tulang pipi & hidung. Ubat jerawat/ yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor tidak sesuai untuk merawat rosacea. Keadaan ini harus dirawat oleh pakar perubatan.

Sebum -
bahan semulajadi yang dihasilkan oleh kalenjar minyak yang merupakan pelembap semulajadi kulit.

Wednesday, January 12, 2011

Facial cara Mary Kay....

1. Bersihkan solekan d wajah anda dgn menggunakan make-up remover.Elakkan guna minyak baby kerana akan menyebabkan timbul biji minyak d wajah anda.

2. Letakkan pencuci muka d 5 titik kcntikan d wajah anda iaitu dahi,hidung,pipi kiri n kanan n dagu.

3. Dengan menggunakan 3 jari anda iaitu jari hantu,kelingking n anak jari utk menggosok secara perlahan2 membulat ke atas selama beberapa minit.Cara ini bertujuan utk mengelakkn wajah anda cepat berkedut.

4. Selepas itu ambil span facial yg berwrna kning(biasa salon pakai) sapu sisa2 pccimuka di wjh anda.Ini brtjuan utk mbuang sgala kotoran n minyak d wjh anda dgn lbh bersih.

5. sapu mask ke seluruh wajah anda.Tunggu selama 15 minit shgga masi kering.Slps itu celup 3 jari anda di dlm air dan gosok spt mcci muka.Ini brtjuan utk membuang segala sel kulit mati n blackhead yg menyebabkn wajah anda kelihatan kuseam.

6. Bilas wajah anda dgn air n lap shgga kering.

7. Sapu fresner @ toner ke seluruh wajah anda

8. Letakkan plembap di 5 titik kcntikan wajah anda dan sapu secara nipis ke sluruh wajah anda.Ini sgt penting utk mengelakkan kulit drp kering dan cepat berkedut.

Warranty?

Jaminan produk Mary Kay ialah satu bukti kepada kualiti tinggi semua produk Mary Kay. Ia dicipta sebegitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli ini adalah yang terbaik di pasaran.


Mary Kay Inc. membelanjakan jutaan dollar untuk menjalankan lebih drpd 300,000 ujian bagi memastikan setiap produk Mary Kay memenuhi piawaian tertinggi dr segi keselamatan, kualiti dan prestasi.


Semua ujian, pengujian semula dijalankan dan diseliakan oleh ahli2 Mary Kay Research & Development Laboratories, termasuk ahli2 sains berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yg lain dlm bidang toxicology, pharmacology, microbiology, chemistry dan biochemistry.


Mary Kay Inc. bersandar pd bukti penyelidikan saintifik yg menggunakan teknologi paling maju yg boleh didapati, dan Syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian telah membuktikan selamat dan berkesan digunakan.


Ujian klinikal dijalankan di makmal bebas di mana sukarelawan menggunakan produk Mary Kay di bawah penyeliaan dan penilaian oleh satu lembaga pakar dermatologi dan oftalmologi yg sah. Mary Kay Inc. juga menjalankan ujian makmal secara intensif untuk menentang kerengsaan dan alergi kulit serta menggunakan kaedah yang tercanggih untuk menilai semua produk yg akan digunakan dibahagian mata.


Sebelum sebarang produk dibenarkan di pasaran, ia mesti lulus government safety requirements.


Mary Kay Inc. tidak pernah menjalankan sebarang ujian produk atau ramuannya pada binatang dan tidak akan melakukannya pada masa akan datang.


Jika atas sebarang alasan anda tidak berpuashati sepenuhnya dengan mana2 produk Mary Kay, ia akan digantikan tanpa bayaran, ditukar ganti atau harga belian akan dikembalikan sepenuhnya. Barang belian itu harus dikembalikan kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay (BC) yang sah atau kepada pihak Syarikat berserta bukti pembelian.