Wednesday, February 16, 2011

Special to my bc

Salam all..
Syukur alhamdullilah.. sejak mula masuk bisnes marykay ni.. hari2 ada duit.. bila rasa teda duit.. saya akan buat skin care class dan insyaAllah tuhan akan bg rezeki.. sebab Allah itu tahu, kita mencari rezeki yang halal.. saya akui.. TIDAK SENANG untuk masuk ke dunia Marykay,kita perlu berkorban masa dan tenaga tapi ianya TIDAKLAH SUSAH.. Sudah ramai yang berjaya.. Menjadi Sales Director itulah dalam kepala saya.. Sebab ESSD Robihah pernah bgtau, Masuk dalam dunia bisnes Marykay..Jadilah Sales Director.. Sales Director MODAL nya adalah KERAJINAN anda. Bukan pada duit RM1200 itu semata-mata.. Bila disebut tentang modal RM1200 semua rasa berat.. "manalah ada duit sebanyak itu" Siapa kata.. Salah seorang BC saya telah berjaya melakukannya.. Dia hanya perlu menambah RM300 sahaja untuk melengkapkan inventorinya.. selainnya, adalah hasil untung runcit dari jualannya.. Dan insyaAllah.. RM1200 yang anda jadikan modal untuk membeli keperluan inventori itu akan berganda-ganda pulangannya.. Inventori itu yang kita gunakan hari-hari.. dan itu juga la yang kita bawa ke sana kemari untuk mengadakan scc.. di mana kerugian anda?
Balik kepada SALES DIRECTOR.. bagaimana untuk menjadi sales director? saya akan ceritakan pd entry selepas ini.. apa yang penting.. tiada yang mampu mebantu anda selain diri anda sendiri.. anda telah ditunjukkan jalan.. dan sekiranya belum nampak jalan.. maka bertanyalah.. saya sedia ada untuk anda.. Salam kasih sayang utk semua bc2 ku..

Yang mana sesuai utk saya?

Set Botanical @ Botanical Customized Skin Care
 
Sebelum itu, kita kenali dulu apa yang dimaksudkan dengan Botanical - Its refers to an organic product or ingredient that is plant derived
Sebut pasal organic @  plant derived,  set produk MK atau dikenali sebagai Mary Kay Botanical Customized Skin Care adalah terdiri daripada bahan tumbuhan semulajadi dimana ianya diperkaya dengan Bio-Enriched  iaitu serat yang mengandungi ginseng, buah delima dan oat. Ia mempunyai fungsi yang amat berbeza di antaranya untuk memberi tenaga pada kulit , membaikpulih sel kulit anda supaya kelihatan sihat, lembut dan bermaya, dan bertindak sebagai antioksidan iaitu penghalang dari cahaya, angin dan sinar UV.

Set Botanical terdiri daripada 3 set yang berbeza dimana ianya diformulakan khusus untuk 3 jenis kulit muka iaitu:
1. Untuk kulit kering, Set Formula F1:
Untuk kulit kering, set F1 amat bersesuaian digunakan kerana ianya mempunyai pati ekstrak bunga raya dimana bunga raya dapat menyejukkan kulit muka  lalu menghindarkan terus dari kekeringan yang berpanjangan.  Set ini juga amat sesuai digunakan bagi pengguna yang mengalami masalah kulit disebabkan "PEELING SKIN", Kemerahanan dan keradangan.


2.Untuk kulit normal  kombinasi, Set Formula F2
Untuk kulit normal @ berminyak, set F2 amat bersesuaian digunakan kerana ianya mempunyai ekstrak pokok bic, dimana set ini mengawal kuantiti minyak di daerah zon T serta kulit yang normal agar menjadikan kulit bertenaga dan mencergaskan semua kulit. 

3. Untuk kulit berminyak, Set Formula F3 :


 Untuk kulit berminyak, set F3 digunakan bagi mengawal penghasilan minyak yang berlebihan secara lembut.   Set ini mengandungi witch hazel dan ianya membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Kulit yang BERJERAWAT amat sesuai menggunakan set ini. Mask F3 ini sangat menyerap minyak yang berlebihan dalam kulit.

  
Semua set ini terdiri daripada Pembersih, Penyegar, Pelembap dan Mask.  Kesemua set ini harganya adalah RM285.  Hmm nampak mahal kan, tapi sebenarnya, rangkaian barangan set ini jika dicampur, tolak, darab dan bahagi adalah sama  kerana nilaian pemakaiannya dapat bertahan 6 - 7 bulan.  Disini saya sertakan harga bagi setiap satu barangan:

Set F1, F2 & F3:

 

Pembersih @ Cleanser = RM 65
Mask = RM 80
Penyegar @ Freshner = RM 65
Pelembab @ Moisturzer = RM 75



Tips untuk pemilihan produk agar kulit lebih seimbang :


Kering : Formula 1111
Normal : Formula 2222
Normal ke arah kering (terdapat tanda2 penuaan spt garis2 halus d muka) : Formula 2112
Berminyak (kombinasi Zon T & jerawat yang sedikit2 saja) : Formula 3223
Berminyak dan berjerawat : Formula 3333

Saya cadangkan anda menggunakan FULL/MEDIUM FOUNDATION selepas memakai pelembab bagi melindungi kulit anda dari kekotoran dan penceraman sekitar.. pst... org yang berjerawat pun boleh guna foundation Mary Kay..kerana ianya tidak menutup liang pori2 anda.. :)